Fai Ramli Cuba Nasib Muncul dengan Lagu CINTAMU KEKUATANKU

By Budiey (Admin)

Muhammad Faizal Bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Fai Ramli, berumur 27 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana acara pertandingan menyanyi dan belum pernah keluar di kaca televisyen.

Cintamu Kekuatanku” menceritakan tentang erti percintaan sebenar yang menjadi pemangkin atau kekuatan dalam sesebuah perhubungan. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.

Di dalam video ini diandaikan tentang sebuah pasangan bahagia yang mula jatuh cinta dari seusia muda hingga berjaya ke ambang perkahwinan. Namun rahsia yang tersirat dan pengorbanan mereka menempuhi dugaan jugalah yang memberi kekuatan demi meneruskan kehidupan.

Lagu ini juga berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Fai Ramli. Kenyataan ini disokong kuat oleh Dato’ Norman sendiri,

“Lagu ini sememangnya dicipta khas untuk Fai bersesuaian dengan “vocal range” beliau.

Dengan bakat yang ada, saya berharap Fai akan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanahair.

Lagu ini juga amat dramatik dan sesuai jika dijadikan lagu tema bagi drama bersiri.”

– Fai Ramli

Lagu “Cintamu Kekuatanku” boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian.

Fai Ramli 3
Fai Ramli 2

LIRIK LAGU CINTAMU KEKUATANKU

Artis: Fai Ramli
Tajuk: Cintamu Kekuatanku
Label: KRU Music
Komposer & Lirik Penerbit Lagu: Neo & Bajai

Malam makin kelam
Mawar makin layu
Seolah tiada harapan Namun Tuhan ‘kan tentukan Doa suci kita

Pertahankan cinta
Yang penuh ombak gelora Berdua di bahtera

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran

Cintamu kekuatanku

Andai aku rebah Janganlah kau rayu Teruskan kehidupanmu Terus doa untukku

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran

Cintamu kekuatanku

Ku ikhtiar sekuat upaya Melawan arus yang melanda

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran

Cintamu kekuatanku

Hanya dirimu erti hidupku Tanpamu aku layu
Kerna cintamu kekuatanku

Fai Ramli 1