All Posts By

KRU_Music-admin

Aweera janji tak merajuk lagi

By News

By Media Permata

Selepas lapan tahun memencilkan diri, Aweera akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung semula perjuangannya bersama Edry, Johar dan Denny bagi menggerakkan kembali kumpulan Mojo.

Menurut Aweera, dia berbesar hati menerima pelawaan Edry untuk kembali sebagai vokalis Mojo, selain menyifatkan ia waktu yang tepat bersama semula kumpulan yang pernah melonjakkan namanya dalam industri seni.

“Saya sudah semakin matang. Masing-masing tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan sudah melupakan segala apa yang pernah berlaku dulu.

“Ada yang anggap saya merajuk selama ini, tetapi bagi saya, ‘kehilangan’ itu adalah kerana saya keluar ‘mengembara’ sekejap.

“Terus-terang, saya memang merindui Mojo. Malah, peminat mengenali saya menerusi kumpulan ini. Insya-Allah, tidak ada merajuk-rajuk lagi,” selorohnya.

Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata, sepanjang tidak bersama Mojo, agak sukar untuk dia membuang tanggapan peminat yang masih mengaitkannya dengan kumpulan tersebut.

“Rata-rata memang kenal saya sebagai vokalis Mojo, selain lagu yang pernah kami rakamkan.

“Malah, apabila menjayakan persembahan solo, peminat akan minta lagu Mojo seperti Romancinta dan Andai Ku Bercinta Lagi.

“Mahu atau tidak, saya kena akui, nama Mojo sudah sinonim dengan diri. Bila Edry tanya sama ada saya mahu teruskan perjuangan bersama Mojo, saya tidak berfikir panjang dan terus bersetuju.

“Lagipun, sepanjang tidak bersama Mojo, kami masih berkomunikasi sama ada dalam aplikasi WhatsApp atau media sosial.

“Silaturahim kami masih baik, cuma orang luar saja tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, sempena reunion mereka, Mojo tampil dengan single terbaharu, Superstar bagi mengubat kerinduan peminat.

Turut memperkenalkan video muzik yang diarahkan Syahmi Afif, Superstar akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari ini di saluran YouTube KRU Music dan Mojo. – Agensi

Aweera kembali ke pangkuan Mojo, lancar single Superstar

By News

By URTV

KUMPULAN Mojo tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Kumpulan rock moden Malaysia/Indonesia ini yang ditubuhkan pada tahun 2012 telah memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan lagu seperti Andai Ku Bercinta Lagi, Romancinta dan Dahsyat.

 

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kumpulan Mojo telah bergabung semula dengan mengekalkan barisan asalnya iaitu Edry, Aweera, Johar dan Denny menerusi EP terbaru mereka berjudul Superstar.

“Mojo juga bakal mengadakan konsert solo sulung mereka pada penghujung 2023,” ujar Datuk Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music Sdn Bhd.

Peminat dijanjikan dengan DNA muzik asal Mojo yang diperkasakan dengan melodi memukau, lirik puitis, persembahan vokal yang mantap, rif gitar berirama dan rentak drum yang agresif digabungkan dengan alunan “synthesizer” serta “live strings” yang mengetengahkan tema heavy modern “Rockestra.” tambah Norman lagi.

Superstar yang juga merupakan judul single pertama daripada EP ini adalah sebuah lagu rock moden yang secara sinis mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baru yang ingin untuk menjadi popular dalam industri muzik.

Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim manakala video muzik diarahkan oleh Syahmi Afif.

“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.

“Begitu pantas lebih lima tahun telah berlalu, dan sebelum Mojo hilang daripada ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru.


“Kami sangat teruja dengan EP yang mengandungi empat lagu ini serta perancangan KRU Music. Kami sedia memberi komitmen 100 peratus.” kata Johar, pemain drum Mojo.

Menurut Edry selaku komposer utama dan pemain keyboard Mojo, dengan kemudahan teknologi, tiada masalah baginya untuk aktif semula dengan Mojo walaupun masih menetap di Manchester.

“Kini terdapat pelbagai platform untuk saya berkomunikasi dan berinteraksi secara digital bersama kumpulan Mojo dan terutama sekali bersama peminat di media sosial.

“Walaupun tidak mungkin saya dapat hadir kesemua aktiviti pentas dan promosi Mojo, saya akan tetap cuba meluangkan masa untuk kembali ke Malaysia bagi persembahan televisyen atau pentas utama sekiranya mendapat peluang,” ujarnya.

Superstar sangat istimewa kerana lagu ini adalah lagu pertama yang Mojo rakamkan setelah lebih sembilan tahun Aweera dan Mojo berpisah.

Lagu Superstar juga adalah lagu rancak yang bertenaga yang dapat dijadikan sebagai lagu tema (anthem) untuk “comeback” bagi Mojo.

“Saya berharap Mojo akan terus bersemangat untuk berkarya agar dapat memeriahkan industri muzik di Malaysia dan Indonesia.

“Seperti dalam lirik Superstar. “…jangan tua tunggu mati, impian tak dikecapi” begitu juga hendaknya kita semua menjalani hidup,” kata Denny yang bertindak sebagai gitaris.

Sementara, Aweera menyifatkan kembalinya dia dalam Mojo adalah sebagai satu perjuangan dalam legasi rock.

“Saya mula dikenali menerusi lagu-lagu Mojo dan Superstar adalah buah tangan untuk penyokong-penyokong Mojo yang tidak jemu menyokong kami dari awal kemunculan sehingga kini.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pihak KRU Music di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya dan Mojo untuk terus berkarya,” jelasnya.

Single Superstar akan dikeluarkan secara rasmi di kesemua platform penstriman digital pada 24 Februari ini sementara video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube KRU Music dan Mojo jam 8 malam pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOJO, sila layari dan like akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter MOJO.

Aweera Kembali Bersama MOJO, Kini Tampil Dengan EP Terbaharu Superstar

By News

By Kopi Planet

Kumpulan MOJO tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Kumpulan rock moden Malaysia/Indonesia ini yang ditubuhkan pada tahun 2012 telah memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan lagu seperti “Andai Ku Bercinta Lagi”, “Romancinta” dan “Dahsyat”.  

 

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kumpulan MOJO telah bergabung semula dengan mengekalkan barisan asalnya iaitu Edry, Aweera, Johar dan Denny menerusi EP terbaru mereka berjudul “Superstar” dan bakal mengadakan konsert solo sulung mereka pada penghujung 2023.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music Sdn Bhd.

Peminat dijanjikan dengan DNA muzik asal MOJO yang diperkasakan dengan melodi memukau, lirik puitis, persembahan vokal yang mantap, rif gitar berirama dan rentak drum yang agresif digabungkan dengan alunan “synthesizer” serta “live strings” yang mengetengahkan tema heavy modern “Rockestra.” tambah Dato’ Norman lagi.

“Superstar” yang juga merupakan judul single pertama dari EP ini adalah sebuah lagu rock moden yang secara sinis mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baru yang ingin untuk menjadi popular di dalam industri muzik. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim manakala video muzik “Superstar” diarahkan oleh Syahmi Afif.

“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai. Begitu pantas lebih 5 tahun telah berlalu, dan sebelum MOJO hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru. Kami sangat teruja dengan EP yang mengandungi 4 lagu ini serta perancangan KRU Music. Kami sedia memberi komitmen 100 peratus.” kata Johar, pemain drum MOJO.

Menurut Edry selaku komposer utama dan pemain keyboard MOJO “Dengan kemudahan teknologi, saya rasa tiada masalah bagi saya untuk aktif semula dengan MOJO walaupun masih menetap di Manchester. Kini terdapat pelbagai platform untuk saya berkomunikasi dan berinteraksi secara digital bersama kumpulan MOJO dan terutama sekali bersama peminat di media sosial. Walaupun tidak mungkin saya dapat hadir kesemua aktiviti pentas dan promosi MOJO, saya akan tetap cuba meluangkan masa untuk kembali ke Malaysia bagi persembahan televisyen atau pentas utama sekiranya mendapat peluang.”

Lagu “Superstar” sangat istimewa kerana lagu ini adalah lagu pertama yang MOJO rakamkan setelah lebih 9 tahun Aweera dan MOJO berpisah. Lagu “Superstar” juga adalah lagu rancak yang bertenaga yang dapat dijadikan sebagai “lagu tema” (anthem) untuk “comeback” bagi MOJO. Saya berharap MOJO akan terus bersemangat untuk berkarya kembali agar dapat memeriahkan industri muzik di Malaysia dan Indonesia. Seperti dalam lirik “Superstar” “…jangan tua tunggu mati, impian tak dikecapi” begitu juga hendaknya kita semua menjalani hidup. Yeah…Rock On!!!” kata Denny, gitaris MOJO.

“Perjuangan saya bersama MOJO masih belum selesai demi meneruskan perjuangan legasi rock. Saya mula dikenali menerusi lagu-lagu MOJO dan “Superstar”  adalah buah tangan untuk penyokong-penyokong MOJO yang tidak jemu menyokong kami dari awal kemunculan sehingga kini. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak KRU Music diatas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya dan MOJO untuk terus berkarya” ujar Aweera.

MOJO juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja busana bagi penggambaran video muzik MOJO, “Cerlene” serta penaja makanan sepanjang penggambaran dan sidang media MOJO “Captain Coffee”. 

Lagu “Superstar” akan dikeluarkan secara rasmi di kesemua platform penstriman digital pada 24hb Februari 2023 sementara video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube KRU Music dan MOJO jam 8 malam pada hari yang sama. Untuk maklumat lanjut mengenai MOJO, sila layari dan like akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter MOJO. – KopiPlanet.com

“Itu Cerita 9 Tahun Dulu…” – Kembali Ke Mojo, Aweera Takkan Merajuk Lagi, Semakin Matang

By News

By Abang Dee

Hampir sembilan tahun mencorakkan karier secara solo, Aweera akui merindui momen-momen manisnya sewaktu bersama kumpulan Mojo suatu ketika dahulu.

Namun tidak disangka-sangka, kerinduan yang dirasainya sekian lama akhir terubat apabila dia membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan kugiran yang diasaskan oleh Edry Abdul Halim itu.

 

“Saya sudah tidak bersama Mojo lebih kurang sembilan tahun. Namun, sampai sekarang peminat masih lagi memanggil saya dengan nama Aweera Mojo.

“Terus terang saya katakan, saya sangat rindukan Mojo kerana terlalu banyak detik indah bersama mereka,” akuinya.

Jelas Aweera, dia berbesar hati menerima pelawaan Edry untuk kembali sebagai vokalis, selain menyifatkan waktu paling tepat menghidupkan semula kumpulan yang pernah menaikkan popularitinya.

“Ada yang anggap saya merajuk selama ini, tetapi sebenarnya kehilangan itu kerana saya mahu ‘mengembara’ seketika.

“Hakikatnya, tak mampu saya nafikan rasa rindu terhadap Mojo amat-amatlah mendalam kerana terlalu kenangan indah bersama mereka,” ujarnya.

Penyanyi berusia 32 tahun itu memberitahu, sudah setahun lebih dia berbincang dengan Edry untuk bersatu semula dengan kumpulan yang turut dianggotai Denny dan Johar itu.

“Saya juga ada memuat naik pukul berapa hantaran berupa gambar lama bersama Mojo. Maklum balas daripada penyokong dan peminat juga memberangsangkan.

“Kebanyakan mereka mahukan barisan anggota asal terus maju. Jadi, Edry berkata, sekiranya Denny dan Johar bersetuju, apa salahnya jika kami bersatu semula,” katanya.

Pada masa sama, sempena penyatuan mereka, Mojo tampil dengan single terbaharu berjudul Superstar bagi mengubati kerinduan peminat.

Bahkan mereka sempat memperkenalkan video muzik Superstar arahan Syahmi Afif yang akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari ini di saluran YouTube KRU Music dan Mojo. – BOOM!

Aweera Kembali ke Pangkuan Mojo Selepas 8 Tahun Membawa Diri

By News

By Cema Cempaka

Penyanyi, Aweera kini kembali beraksi sebagai vokalis kumpulan Mojo bersama Edry, Johar dan Denny selepas lapan tahun meninggalkan kumpulan tersebut.

Keputusan bersatu semula itu tercetus selepas ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim meninggalkan komen pada hantaran Instagram Aweera yang merupakan gambar-gambar lama Mojo dahulu.

Sejurus sahaja membaca komen tersebut, Aweera terus menghubungi Edry dan disitulah idea untuk Mojo kembali bersama ahli-ahli asal bermula.

“Sebenarnya, saya dan Edry sudah berbincang sejak tahun lalu lagi. Seperti yang dia beritahu, saya pernah menghubunginya menerusi DM (Direct Message),” kata Aweera.

Menurut bekas peserta Gegar Vaganza 8 itu, pemergian Aweera selama lapan tahun itu bukanlah disebabkan merajuk seperti yang disangka oleh orang ramai namun menurutnya ia merupakan satu pengembaraan untuk dia mencari pengalaman.

“Saya dan Mojo sebenarnya masih berhubung dan bertanya khabar cuma orang luar tak tahu. Bukan merajuk seperti mana yang orang sangka sebab saya tak menghilang cuma pergi mengembara sekejap.

“Saya tak tolak apabila dipelawa oleh Edry untuk kembali sebagai vokalis Mojo kerana bagi saya ini merupakan waktu yang tepat untuk kami tampil bersama dengan karya baru di persada muzik.

“Terus-terang, saya memang merindui Mojo. Malah, peminat mengenali saya menerusi kumpulan ini. Insya-Allah, tidak ada merajuk-rajuk lagi,” jelas Aweera.

Sempena kemunculan semula Mojo bersama anggota asal, kumpulan ini tampil dengan single terbaru berjudul Superstar yang akan dilancarkan pada 24 Februari ini.

Tiada rajuk, Aweera, Mojo bersatu selepas 8 tahun

By News

By Hanisah Selamat

AWEERA anggap ketiadaan selama lapan tahun dengan kumpulan Mojo sebagai pengembaraan, bukan bawa hati. Foto – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

 

CYBERJAYA – Mesej yang diterima daripada Edry Abdul Halim menjadi titik tolak yang menjentik hati penyanyi Aweera kembali berjuang bersama Mojo selepas lapan tahun keluar dari kumpulan itu.

Katanya, tidak timbul isu merajuk hingga membawa diri seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya dia dalam pengembaraan mencari pengalaman.

“Edry ada tinggalkan komen dalam video persembahan membuatkan dari situ timbul hasrat untuk kami meneruskan semula misi Mojo yang tertangguh sejak bertahun-tahun.

“Sebelum ini pun kami masih berhubung dan bertanya khabar, tapi orang luar tak tahu. Bukanlah merajuk macam dikatakan pihak tertentu kerana saya pun tak menghilang cuma boleh dianggap mengembara sekejap.

“Apabila Edry serius dengan misi ‘comeback’ Mojo dan mempelawa saya mengambil kembali posisi vokalis, saya tak tolak apabila merasakan ini waktu tepat buat kami tampil bersama produk baharu di persada muzik,” katanya ketika ditemui di KRU Music, semalam.

Selain Edry dan vokalis berusia 32 tahun itu, perjuangan kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 tersebut turut membariskan anggota asal iaitu Johar serta Danny.

Mengakui DNA band yang popular dengan lagu Romancinta itu cukup kental melatari imejnya, Aweera akui masih ramai yang mahu melihat dia kembali beraksi selaku tunjang Mojo.

Sudah tentu sedikit sebanyak pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu merindui detik bersama rakan seperjuangan apatah lagi mendapat galakan peminat.

“Banyak kenangan kami bersama-sama. Apabila menjayakan persembahan solo, peminat akan minta lagu Mojo seperti Romancinta dan Andai Ku Bercinta Lagi,” dedahnya.

Menyentuh mengenai kontroversi yang pernah melanda ketika bersama Mojo, katanya, sebagai insan tidak sempurna segala isu yang berlaku dianggap sebagai proses pembelajaran yang mematangkan.

Tambah bintang yang digilap daripada pertandingan anjuran stesen televisyen itu, ketika insiden tersebut dirinya masih dalam lingkungan usia 20-an.

“Waktu itu mungkin apa saja isu yang berlaku disebabkan darah muda. Iyalah baru berumur 20-an, tetapi sekarang saya sudah matang dalam membuat pertimbangan.

“Setiap insan pasti melalui transisi kehidupan, begitu juga saya yang yakin dengan jalan ini. Terima kasih kepada Edry dan rakan Mojo yang lain,” ujarnya.

Terdahulu, sekitar 2015 berlaku kejutan pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) apabila posisi Aweera sebagai penyanyi diambil alih Azmi Caliph Buskers bagi menyampaikan lagu Romancinta. – KOSMO! ONLINE

Aweera Kembali Bersama MOJO, Lancar Lagu Baharu Berjudul Superstar!

By News

By Amri Hassan

Selepas sembilan tahun keluar dari MOJO, penyanyi Aweera kembali bersatu dengan kumpulan yang dianggotai oleh Edry, Johar dan Denny.

Kata Aweera, perjuangannya bersama MOJO masih belum selesai dan mahu terus berkarya dalam muzik rock.

“Perjuangan saya bersama MOJO masih belum selesai demi meneruskan perjuangan legasi rock. Saya mula dikenali menerusi lagu-lagu MOJO dan ‘Superstar’ adalah buah tangan untuk penyokong-penyokong MOJO yang tidak jemu menyokong kami dari awal kemunculan sehingga kini.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pihak KRU Music di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya dan MOJO untuk terus berkarya,” ujar Aweera.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music Sdn Bhd., Datuk Norman Abdul Halim, serentak dengan gabungan semula MOJO dan Aweera juga, kumpulan itu turut melancarkan single terbaharu berjudul Superstar.

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kumpulan MOJO telah bergabung semula dengan mengekalkan barisan asalnya iaitu Edry, Aweera, Johar dan Denny menerusi EP terbaru mereka berjudul ‘Superstar’ dan bakal mengadakan konsert solo sulung mereka pada penghujung 2023”, maklum Norman.

MOJO yang bergerak dengan asas muzik rock moden itu ditubuhkan pada 2012 dan pernah memenangi pelbagai anugerah menerusi rangkaian lagu hebat seperti Andai Ku Bercinta Lagi, Romancinta dan Dahsyat.

Superstar lagu baru MOJO

‘Superstar’ merupakan judul single pertama dari EP MOJO adalah lagu rock moden yang secara sinis mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baru yang ingin untuk menjadi popular di dalam industri muzik.

Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halum manakala video muzik ‘Superstar’ diarahlan oleh Syahmi Afif.

“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.

“Begitu pantas lebih 5 tahun telah berlalu, dan sebelum MOJO hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru. Kami sangat teruja dengan EP yang mengandungi 4 lagu ini serta perancangan KRU Music. Kami sedia memberi komitmen 100 peratus,” kata Johar, pemain drum MOJO.

Edry aktif walau di Manchester

Menurut komposer utama dan pemain keyboard MOJO, Edry Abdul Halim, tiada alasan untuknya kembali aktif biarpun berjauhan di Manchester, United Kingdom.

“Dengan kemudahan teknologi, saya rasa tiada masalah bagi saya untuk aktif semula dengan MOJO walaupun masih menetap di Manchester.

“Kini terdapat pelbagai platform untuk saya berkomunikasi dan berinteraksi secara digital bersama kumpulan MOJO dan terutama sekali bersama peminat di media sosial.

“Walaupun tidak mungkin saya dapat hadir kesemua aktiviti pentas dan promosi MOJO, saya akan tetap cuba meluangkan masa untuk kembali ke Malaysia bagi persembahan televisyen atau pentas utama sekiranya mendapat peluang,” ujarnya.

Sementara itu, kata gitaris MOJO, lagu Superstar istimewa baginya memandangkan ia merupakan lagu pertama yang dirakamkan MOJO selepas sembilan tahun berpisah dengan Aweera.

“Lagu ‘Superstar’ juga adalah lagu rancak yang bertenaga dapat dijadikan sebagai lagu tema untuk comeback MOJO.

“Saya berharap MOJO akan terus bersemangat untuk berkarya kembali agar dapat memeriahkan industri muzik di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Lagu ‘Superstar’ akan dilancarkan secara rasmi di platform penstriman digital pada 24 Februari 2023 sementara video muziknya akan ditayangkan di saluran Youtube KRU Music dan MOJO jam 8 malam pada hari yang sama.

Aweera sertai semula kumpulan MOJO

By News

By Tun Carlos

Penyanyi bersuara tinggi Aweera kini kembali mengisi tempat sebagai vokalis kumpulan Mojo.
 
Menurut laporan dari Mstar, Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 32, berkata, dia kini lebih matang dan mahu memberi fokus terhadap perkembangan karier seninya dan meletakkan semua kenangan pahit sebagai sejarah.
 
“Kontroversi sebelum ini berlaku ketika saya masih berusia 20-an. Saya anggap ia satu proses pembelajaran dalam melalui fasa tersebut.
 
“Sekarang ini saya lebih matang. Insya Allah selepas ini mahu fokus kepada karier dan menjadi seorang yang lebih dewasa,” katanya.
 
Tambah Aweera sepanjang dia bergerak solo selepas menarik diri daripada Mojo pada 2014, peminat masih terus mengaitkan namanya dengan kumpulan tersebut.
 
Malah dia sendiri meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Edry, Johar dan Denny sebagai anggota asal yang pernah popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi.
 
“Walau sudah lama tidak bersama Mojo, orang masih menyebut saya sebagai salah seorang anggotanya. Ramai juga yang kenal saya sebagai vokalis Mojo.
 
“Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka,” jelasnya.
 
Kontroversi di antara Aweera dan Mojo hangat diperkatakan apabila penyanyi itu secara tiba-tiba dipinggirkan sehingga tempatnya digantikan oleh Azmi Caliph Buskers bagi menyanyikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29.
 
Sementara itu, Mojo kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul Superstar yang mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baharu mengejar cita-cita dalam dunia seni.
 
Menurut Edry Abdul Halim sebagai penggubah lagu, single tersebut disifatkan sebagai istimewa dan akan menjadi salah satu senarai lagi dalam EP mereka akan datang.
 
“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.
 
“Sebelum Mojo hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru,” jelasnya.
 
sumber: Mstar
 

“Sebelum Mojo hilang dari ingatan peminat” – Persengketaan 9 tahun lalu sudah jadi sejarah, Aweera kembali ke pangkuan Mojo

By News

By NEWSGEEKY.COM

SUDAH melupakan persengketaan yang pernah berlaku sebelum ini, penyanyi Aweera kini kembali mengisi tempat sebagai vokalis kumpulan Mojo.

Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 32, berkata, dia kini lebih matang dan mahu memberi fokus terhadap perkembangan karier seninya dan meletakkan semua kenangan pahit sebagai sejarah.

“Kontroversi sebelum ini berlaku ketika saya masih berusia 20-an. Saya anggap ia satu proses pembelajaran dalam melalui fasa tersebut.

Aweera lupakan sengketa lama bersama Mojo.

“Sekarang ini saya lebih matang. Insya Allah selepas ini mahu fokus kepada karier dan menjadi seorang yang lebih dewasa,” katanya.

Tambah Aweera sepanjang dia bergerak solo selepas menarik diri daripada Mojo pada 2014, peminat masih terus mengaitkan namanya dengan kumpulan tersebut.

Malah dia sendiri meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Edry, Johar dan Denny sebagai anggota asal yang pernah popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

“Walau sudah lama tidak bersama Mojo, orang masih menyebut saya sebagai salah seorang anggotanya. Ramai juga yang kenal saya sebagai vokalis Mojo.

“Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka,” jelasnya.

Kontroversi di antara Aweera dan Mojo hangat diperkatakan apabila penyanyi itu secara tiba-tiba dipinggirkan sehingga tempatnya digantikan oleh Azmi Caliph Buskers bagi menyanyikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29.

Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka

AWEERA

PENYANYI

Mojo ketika itu berjaya memenangi trofi Persembahan Terbaik.

Sementara itu, Mojo kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul Superstar yang mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baharu mengejar cita-cita dalam dunia seni.

Menurut Edry Abdul Halim sebagai penggubah lagu, single tersebut disifatkan sebagai istimewa dan akan menjadi salah satu senarai lagi dalam EP mereka akan datang.

Mojo turut rancang mengadakan konsert pada hujung tahun 2023.

“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.

“Sebelum Mojo hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru,” jelasnya.

Sumber : mStar

Persengketaan 9 tahun lalu sudah jadi sejarah, Aweera kembali ke pangkuan Mojo

By News

By Dennis Chua

Aweera kini fokus kerja bersama MOJO.

Sudah melupakan persengketaan yang pernah berlaku sebelum ini, penyanyi Aweera kini kembali mengisi tempat sebagai vokalis kumpulan MOJO.

Aweera atau Nashrul Aweera Norhissham, 32, berkata, dia kini lebih matang dan mahu memberi fokus terhadap perkembangan karier seninya dan meletakkan semua kenangan pahit sebagai sejarah.

“Kontroversi sebelum ini berlaku ketika saya masih berusia 20-an. Saya anggap ia satu proses pembelajaran dalam melalui fasa tersebut.

Aweera lupakan sengketa lama bersama MOJO.

 
“Sekarang ini saya lebih matang. Insya Allah selepas ini mahu fokus kepada karier dan menjadi seorang yang lebih dewasa,” katanya.
 
Tambah Aweera sepanjang dia bergerak solo selepas menarik diri daripada MOJO pada 2014, peminat masih terus mengaitkan namanya dengan kumpulan tersebut.
 
Malah dia sendiri meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Edry, Johar dan Denny sebagai anggita asal yang pernah popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi.
 
“Walau sudah lama tidak bersama MOJO, orang masih menyebut saya sebagai salah seorang anggotanya. Ramai juga kenal saya sebagai vokalis MOJO.
 
“Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka,” jelasnya.
 
Kontroversi di antara Aweera dan MOJO hangat diperkatakan apabila penyanyi itu secara tiba-tiba dipinggirkan sehingga tempatnya digantikan oleh Azmi Caliph Buskers bagi menyanyikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29.
 
MOJO ketika itu berjaya memenangi trofi Persembahan Terbaik.
 
Sementara itu, MOJO kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul Superstar yang mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baharu megejar cita-cita dalam dunia seni.
 
Menurut Edry Abdul Halim sebgai penggubah lagu, single tersebut disifatkan sebagai istimewa dan akan menjadi salah satu senarai lagi dalam EP mereka akan datang.
 

MOJO turut rancang mengadakan konsert pada hujung tahun 2023.

 
“Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.
 
“Sebelum MOJO hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru,” jelasnya.