By Asraf Aided
Artis baru KRU Music, Dian Hashim akui masih mencari identiti dalam gayanya sebagai penyanyi yang memakai hijab.
Menurut Dian, buat masa ini, masih ramai orang sekeliling yang menyamakan gaya atau wajahnya dengan artis lain apabila siap bersolek.
Sebenarnya kerap orang cakap saya kejap macam artis itu kejap macam artis ini, biasalah muka apabila disolek tentu akan ada perubahan sedikit.
“Saya akui susah untuk cari identiti, sekarang pun ramai artis yang memakai hijab, kalau nak jadi seperti Yuna tu memang susah jugalah.
“Jadi sekarang saya masih mencuba dan mencari gaya dan identiti saya yang tersendiri.
“Saya lebih selesa pakai apa yang saya mahu, kalau kita pakai apa yang orang tentukan, ia akan jadi lain,” katanya kepada Gempak barubaru ini.
Ditanya sama ada kerap menerima kecaman dari netizen di media sosial, Dian akui masih belum berada di tahap itu.
Bagaimanapun, dia menyedari ada sesetengah pihak yang tidak menyukainya terutama dalam kalangan pelajar fakulti muzik di universiti.
“Saya belum lagi dikecam di media sosial, tetapi kalau orang yang tak suka tu ada lah. “Bagi saya ia normal, tambahan lagi saya belajar muzik, di fakulti kami ia sudah jadi perkara biasa,”katanya lagi.