By Asraf Aided
Penyanyi baru di bawah naugan KRU Music, Dian Hashim akui dorongan ibu bapa merupakan salah satu faktor dia memasuki industri hiburan.
Menurut Dian, ibu bapa sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk bergelar penyanyi meskipun mereka tidak berdarah seni.
“Jadi,saya menceburkan diri dalam bidang ini adalah disebabkan mereka dan tentunya mahu mengapai impian saya sendiri,” katanya.
Dian berkata demikian ketika ditemui di majlis pengumuman kerjasama KRU Music bersama Warner Music dan anak syarikatnya, ADA di pejabat urusan Warner Music Malaysia pada Isnin.
Tambah Dian, dia tidak takut dengan kejadian ibu bapa yang merosakkan kerjaya anak sendiri seperti yang pernah menimpa artis tempatan sebelum ini.
“Tak dinafikan ada kawan-kawan saya mengalami nasib seperti itu”
“Tapi untuk diri saya, Alhamdulillah ia tidak berlaku kerana ibu bapa dan keluarga saya sangat menyokong.”
“Mereka selalu menuruti apa yang saya mahukan, bagi saya, yang penting kita gembira dengan perkara yang kita lakukan,” katanya.
Selain Dian, KRU Music menampilkan tiga lagi artis baru iaitu Fai Ramli, Timur dan DJ Fateh.