By Asraf Aided
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Fai Ramli tidak melihat kontroversi sebagai satu masalah untuk dirinya.
Menurut Fai, dia mengharapkan kontroversi yang positif tanpa menyentuh perkara-perkara negatif.
“Kalau bab kontroversi, saya okay sahaja asalkan ia tidak menyentuh perkara negatif.”
“Kalau bab kecaman pula,itu saya harus hadapi,kena juga bersedia dengan perkara sebegini,katanya.
Fai berkata demikian ketika ditemui di perjanjian kolaborasi antara KRU Music dengan Warner Music dan ADA di pejabat urusan Warner Music, petang semalam.
Tambah Fai, dia pernah dikritik oleh netizen sebelum ini, namun hanya mengabaikan jika ia tidak memberi manfaat.
“ Sebelum ini saya pernah juga dikritik dari segi nyanyian dan sebagainya,namun saya biarkan sahaja.
“Kalau kritikan itu membina, saya ambil sebagai pengajaran, tetapi kalau terlalu sensitif,saya terus blok sahaja” Katanya.
Ditanya tentang pandangannya tentang gossip bercinta sesama artis, Fai tidak melihat perkara itu sebagai satu cara dia menaikkan nama dalam industri.
“Saya tiada merancang pun untuk berbuat begitu,” katanya ringkas tertawa.
Fai merupakan salah seorang artis di bawah naungan KRU Music dan kini tampil dengan single terbaru berjudul Lagu Rindu.
Ia boleh distrim di semua platform digital dan ditonton menerusi saluran Youtube KRU Music.